Borang Maklumat Hubungan

 

Persediaan ke UiTM

Persediaan ke UiTM

Hi, Assalamualaikum Readers!

So hari ini Aniq nak sambung cerita panduan ke alam UiTM hari itu. Aniq akan bagi senarai dokumen dan barang yang kamu perlu bawa ke UiTM semasa hari pertama/ pendaftaran nanti. 

Dokumen Penting Semasa Pendaftaran

Ada beberapa dokumen yang wajib kamu bawa semasa minggu pertama nanti. Tanpa satu dokumen ini kamu akan mengalami kesukaran semasa pendaftaran. 
  1. Kad Pengenalan dan salinan
  2. Slip SPM dan salinan
  3. Surat Tawaran 
  4. Sijil Tamat Sekolah dam salinan
  5. Laporan Kesihatan
  6. Gambar passport
  7. Slip gaji ibubapa
  8. Semua sijil pelajar
  9. Surat beranak dan salinan
Pastikan semua dokumen salinan ada cop pengesahan dan surat tawaran cetak lebih dari satu. Pastikan kamu ada paling kurang satu kamu simpan untuk masa depan. 


Barang keperluan yang perlu dibawa.

Banyak barang yang kamu perlu bawa. Jadi saya akan kelaskan ikut kategori.


Baju

  1. Baju kemeja putih (2 atau lebih, mesti ada warna putih)
  2. Baju Kurung (4 atau lebih, mesti ada baju putih & kain hitam)
  3. Baju tshirt berkolar. (2 atau lebih)
  4. Baju Melayu 
  5. Seluar slek  (jeans boleh tetapi mesti berwarna gelap)
  6. Seluar treck 
  7. Tudung ( ikut cita rasa, mesti ada hitam & putih)
  8. Kasut bertutup 
  9. Kasut sukan
  10. Kasut jalan
  11. Selipar
  12. Stoking
  13. Tali pinggang

Toiletries

  1. Sabun
  2. Shampoo
  3. Pencuci muka
  4. Berus dan ubat gigi
  5. Baldi kecil

Laundry

  1. Bakul baju
  2. Baldi 
  3. Sabun baju
  4. Penyangkut baju
  5. Penyepit
  6. Pelembut (optional)
  7. Berus

Barang belajar

  1. Pen
  2. Test pad / A4
  3. Buku nota
  4. Fail 
  5. Pencil case

Makanan dan minuman 

  • Bebas untuk bawa apa pun

Barang bilik

  1. Cadar 
  2. Sarung bantal
  3. Bantal
  4. Selimut
  5. Mangga almari
  6. Kain lap
  7. Tong sampah kecil
  8. Pewangi almari
  9. Lampu meja
  10. Cermin 
  11. Pembalut hadiah / kertas dinding ( kalau nak balut meja)
  12. Plastik

Gadget

  1. Handphone & charger
  2. Laptop & charger
  3. Earphone
  4. Iron (optional)
  5. Powerbank
  6. Heater (optional)
  7. Extension 

Barang peribadi

  1. Pengetip kuku
  2. Minyak wangi
  3. deodorant
  4. Sejadah
  5. Telekung
  6. Sikat
  7. Sudu & garpu
  8. Pinggan / mangkuk
  9. Payung
  10. Botol 
Berikut barang asas yang kamu boleh bawa ke kolej. Tetapi kalau kamu nak tahu lebih lanjut barang yang kamu patut pertimbangkan khususnya di UiTM Seri Iskandar, kamu boleh baca disini tentang masalah dan penyelesaiannya. Nanti Aniq akan bagitahu kenapa perlu bawa dan apa kegunaannya nanti.

Total comment

Author

TheAniqia Tales

0   comments

Cancel Reply