Hi, Assalamualaikum readers!
So hari ini Aniq nak cerita tentang proses-proses untuk memohon masuk UiTM. Sebelum itu, kita perlu tahu dahulu syarat-syarat untuk masuk UiTM.
Syarat am ialah:
- kamu mesti anak berketurunan Melayu/ Orang Asli/Anak Sabah/Anak Sarawak.
Syarat khusus untuk:
- Lepasan SPM ialah:
- SPM 3 kredit (C)
- Bahasan Inggeris
- Sains/Sains Tambahan/Fizik/Biologi/Kimia
- Matematik/matematik Tambahan
- Lepasan Poli/IKM/STPM:
- mendapat pointer 2.75 CGPA
- Lepasan Pra-Diploma:
- mendapat pointer 2.50 CGPA
Permohonan melalui UPU Online
Medium untuk kamu memohon diploma di UiTM ialah UPU Online. UPU merupakan tempat untuk kamu mohon segala diploma untuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja. Antara universiti lain seperti Universiti Sains Malaysia(USM), Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan lain lagi. Kamu juga boleh mohon Institusi Latihan Kemahiran Awam(ILKA) dan Kolej Matrikulasi juga di UPU.
Bila sudah berada di link UPU Online, kamu boleh selidik dahulu kursus diploma apa yang kamu ingin mohon. Untuk melihat kamu boleh pergi ke Panduan Calon dan klik pada kategori SPM atau STPM/SETARAF. kamu boleh lihat senarai penuh mengikut IPT. Untuk mohon UiTM kamu boleh cari kod UE dan pilih kategori A(lepasan tahun semasa) atau B(lepasan yang telah 1 tahun lebih dari tarikh keputusan).
Berikut adalah step by step untuk mohon di UPU.
- Pergi ke laman web UPU Online.
- Daftar akaun baru.
- Selepas daftar terus log in.
- Isi maklumat diri.
- Isi maklumat akademik.
- Isi maklumat Koko.
- Pilih program yang dikehendaki.
- Pengesahan maklumat.
- Cetak slip permohonan. (SIMPAN)
- Status permohonan berjaya.
Selepas permohonan anda berjaya.
Temuduga
Lepas permohonan berjaya, kita perlu buat apa? So ada dua jenis permohonan iaitu permohonan yang ada temuduga dan permohonan tanpa temuduga. Cara kamu nak tahu kursus itu ada temuduga atau tidak ialah semasa pilih program kamu akan lihat ada tanda bintang (*) di tepi yang menandakan program itu ada temuduga. Penting untuk kamu letak program yang ada temuduga di 3 tempat teratas.Kalau program yang kamu mohon ada temuduga, kamu akan mendapat notification untuk hadir temuduga. Kamu akan pilih di bahagian zon mana untuk kamu hadir temuduga semasa membuat permohonan. Untuk lebih teliti kamu boleh tekan ke link ini yang akan saya cerita tak lama lagi.Buka akaun BankIslam
Kenapa Bank Islam bukan Maybank atau BSN? So ini perkara penting yang kamu perlu ambil berat. Untuk bayar yuran IPT, bayaran hanya melalui Bank Islam sahaja. Setiap IPTA menggunakan bank yang berbeza dan UiTM menggunakan Bank Islam. Selain itu, bayaran duit PTPTN bagi yang memohon akan dimasukkan ke akaun Bank Islam sahaja. Kamu perlu buat pendaftaran di Bank Islam di cawangan yang berdekatan.Buka akaun SSPN/SSPN-i
Akaun SSPN ini ialah akaun yang akan ambil sedikit duit gaji ibubapa kamu selama kamu belajar dengan tujuan untuk membayar semula duit PTPTN. Jadi kamu tidak terbeban untuk membayarnya nanti. Untuk mohon PTPTN, kamu wajib ada akaun ini. Permohonan boleh di buat secara atas talian disini atau pergi ke Pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang berdekatan.Bayar yuran IPT
Bayaran boleh di buat dengan pelbagai cara.- Mesin ATM Bank Islam.
- Online banking
Cetak Surat Tawaran
Penting untuk kamu CETAK dan simpan salinan ini untuk kegunaan semasa di UiTM. Pastikan kamu ada paling kurang 1 cetakan yang kamu simpan.
So lepas ini Aniq nak cerita pula bekalan yang perlu kamu bawa semasa hari pendaftaran nanti. Linknya ialah Persediaan ke UiTM.