Hi, Assalamualaikum Readers!
Jadi hari ini Aniq nak sambung cerita Bahagian 1.
1. Apakah Ukur Bangunan.
2. Apakah Diploma Ukur Bangunan.
3. Subjek Diploma Ukur Bangunan.
4. Syarat mohon kursus tersebut.
5. Persediaan untuk pelajar.
2. Apakah Diploma Ukur Bangunan.
3. Subjek Diploma Ukur Bangunan.
4. Syarat mohon kursus tersebut.
5. Persediaan untuk pelajar.
Secara amnya kita telah sentuh topik number 1, 2 dan 3. Kalau kamu terlepas tentang tajuk-tajuk tersebut, kamu boleh tekan di bahagian 1 untuk membaca tentang topik tersebut. Jadi tanpa membuang waktu lagi, mari kita mulakan dengan tajuk yang seterusnya.
Syarat mohon Diploma Ukur Bangunan
Bagi lepasan SPM yang berminat dan mahu cuba untuk belajar kursus ini, kamu boleh mohon di laman web UPU dan kod UPU untuk kursus ini ialah UE4526001 Diploma Ukur Bangunan di UiTM. Syarat untuk memohon kursus ini hanya:
- Berketurunan Melayu, anak Sabah, anak Sabah dan Orang Asli
- Mendapat kepujian C dalam subjek
- Matematik/ Matematik Tambahan
- Sains/ Sains Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Biologi
- Bahasa Inggeris
- Tidak buta atau buta warna
Persediaan untuk kursus Diploma Ukur Bangunan
Mesti kamu tertanya-tanya Diploma ini perlu apa-apa barangkah untuk belajar. Jadi saya akan beritahu apa yang kamu perlu ada terutama untuk pelajar semester 1. Antara senarai barang khusus untuk semester 1 ialah:
1. Drawing Board
Disyorkan beli yang murah dan tips untuk saiz kamu boleh beli saiz A3 atau A2
![]() |
Plastic Drawing Board |
2. T Ruler
3. Masking Tape
4. Pensel pelbagai gred
Disyorkan beli jenama ini sebab sesuai dengan silibus
5. Pen Artline
Disyorkan beli 3 sahaja contoh 0.1,0.3 dan 0.5.
6. Kalkulator Saintifik
Untuk penjimatan, guna saja sekolah menengah punya.
7. Set Square
Disyorkan beli jenama ini.
Berikut adalah barang yang perlu ada tetapi kamu tidak semestinya beli sebelum masuk U. Nanti di UiTM akan ada kedai berhampiran yang menjual barang-barang ini. Kalau kamu mahu jimat, kamu boleh cari pelajar-pelajar senior untuk dijual barang mereka. Harga hampir 70% sahaja. Kalau kamu mahu Aniq punya boleh komen di atas atau DM saya di theaniqia01@gmail.com.