PENGENALAN DIRI SAYA
Assalamualaikum readers.
Hari ini saya nak cerita serba sedikit tentang diri saya dan segala isi blog yang akan saya publish. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang sudi singgah ke blog saya ini. Untuk keselesaan pengguna telefon, kamu boleh pergi tukar kepada paparan web di bahagian bawah sekali. Blog ini akan saya mempersiarkan pelbagai info tentang diri saya, pengajian saya dan minat saya. Antaranya, maklmat pengajian Diploma Ukur Bangunan, maklumat mengenai UiTM, pendedahan subjek diploma dan cerita menarik yang akan saya konsikan berkaitan diri saya. Tanpa membuang masa lagi, saya ingin memperkenalkan diri saya.
This is me.
|
Nama diberi Muhamad Aniq Nabil Bin Johar dan saya dilahirkan pada bulan Januari, 2001. Jadi pada tahun ini saya berumur 19 tahun yang mana merupakan tahun terakhir remaja saya. Saya merupakan anak yang ke-dua antara empat orang adik beradik. Saya tinggal di sebuah pekan yang berhampiran sebuah bandar di Johor, pekan yang diberi nama Sungai Mati. Saya dibesarkan sejak kecil disana sehingga sekarang saya masih setia menetap di sana. Bak kata pepatah
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Saya memulakan pengajian saya di peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Abdullah dan Sekolah Agama Sungai Idrus dari darjah satu hinga enam. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pei Hwa merupakan sekolah menengah saya sehingga tamat pembelajaran di tingkatan lima.Menariknya tempat saya belajar ini, kedua-duanya berada di depan dan belakang rumah saya dan ketika di peringkat sekolah menengah, saya akui saya kerap datang lambat ke sekolah. Pada saya, orang yang paling dekat selalunya paling lambat. Saya merupakan pelajar aliran sains tulen, alhamdulillah saya mendapat keputusan yang cemerlang dan luar dari jangkaan saya.
Sekarang, saya merupakan mahasiswa di sebuah universiti terkemuka di Malaysia, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar. Saya bernaungkan Fakulti Senibina, Perancangan Dan Ukur dan mendalami ilmu dalam bidang Diploma Ukur Bangunan. Merupakan pelajar tahun kedua. Kenapa saya pilih kursus tersebut? Menarikkah? Saya mendapati bahawa kursus tersebut amat dekat dengan jiwa saya kerana saya minat subjek seni, matematik, addmath, sains dan fizik. Saya suka untuk melukis dan mewarna dan dalam masa yang sama saya juga suka mengira dan mempelajari ilmu fizik.
Jadi saya ada berita baik bagi mereka yang belajar Diploma Ukur Bangunan atau mendapat tawaran dalam diploma tersebut. Saya akan menulis tentang dilploma itu dan seterusnya menyiarkan info-info subjek itu. Oleh itu, kamu semua tak perlu risau jika tidak faham ketika belajar di kelas kerana saya akan menerangkan tentang segala subjek itu dengan teliti. Untuk dapatkan berita tertabru tentang subjek-subjek berikut, kamu boleh subscribe blog ini.