Borang Maklumat Hubungan

 

TERBARU Diploma Ukur Bangunan 2020 Bahagian 1

Hi, Assalamualaikum readers!

Hari ini Aniq nak cerita pasal Ukur Bangunan dan Diploma Ukur Bangunan. Mesti kamu semua tertanya-tanya apa ukur bangunan terutamanya lepasan-lepasan SPM yang nak mohon UPU dan orang yang dapat tawaran untuk pengajian Diploma Ukur Bangunan. Kamu berada di tempat yang betul kerana saya akan cerita:

1. Apakah Ukur Bangunan.
2. Apakah Diploma Ukur Bangunan.
3. Subjek Diploma Ukur Bangunan.
4Syarat mohon kursus tersebut.
5. Persediaan untuk pelajar.

APAKAH UKUR BANGUNAN.

Untuk pengetahuan semua, Ukur Bangunan merupakan sebuah kerja untuk memastikan sesebuah bangunan sama ada perumahan, pejabat, kedai, sekolah selamat didiami dari segala ancaman yang bakal berlaku. Bukan itu saja, jurusan ini juga perlu memastikan keselesaan dan kegunaan yang efisien dimaksimumkan bagi mewujudkan bangunan yang terbaik dari pelbagai segi dan aspek. 
Pekerjaan sebagai Juruukur Bangunan terlibat dalam perundingan dan keselamatan terhadap bangunan. 

Apa yang menarik ialah pekerjaan untuk ukur bangunan tidak tertumpu kepada juruukur bangunan sahaja tetapi pelbagai lagi kerana terma ukur bangunan boleh diguna pakai sebelum, semasa dan selepas sesebuah projek pembangunan. Oleh itu pelbagai skop pekerjaan boleh dipenuhi dengan ilmu ukur bangunan. Contohnya, sebelum projek pembangunan dijalankan, perunding atau penasihat terhadap design perlu dilakukan oleh juruukur bangunan sebab atas dasar keselamatan bangunan yang akan dibina nanti. Selepas projek itu siap, perkataan "maintenance" amat dekat dengan ukur bangunan kerana mereka yang akan memastikan bangunan yang sudah siap itu terjaga dan terpelihara sepanjang hayat.  

Tugas-tugas Ukur Bangunan:
  • Menasihati tentang pelan reka bentuk bangunan, keselamatan, bahan, cara pembinaan dan tapak pembinaan.
  • Menyelia projek pembinaan 
  • Menyelenggara bangunan setelah siap dari kerosakan, pembaikpulih
  • Mengukur kualiti dan keadaan tanah, keluasan tanah. 
  • Melakar pelan
  • Lain-lain
Antara jawatan lain seperti:
  • Juruukur Bangunan
  • Juruukur Tanah
  • Pegawai Perancangan Tanah
  • Pegawai Senibina
  • Perunding Pembinaan
  • Pensyarah
  •  Pengurus Binaan
  • Pengurus Penyelenggaraan Bangunan
  • Penilaian Prestasi Bangunan
  • Penilaian Lepas Menduduki Bangunan
  • Lain-lain

Apakah Diploma Ukur Bangunan.

Diploma Ukur Bangunan ini mengajar kita cara untuk menjadi seorang surveyor yang bertauliah. Tetapi saya akan cerita lebih terperinci tentang diploma di UiTM. Saya merupakan pelajar di UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar dan Diploma Ukur Bangunan berada di bawah naungan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) bersama-sama dengan banyak lagi diploma lain seperti Diploma Ukur Bahan, Diploma Pengurusan Hartanah, Diploma Senibina Landskap dan lain-lain. Selain FSPU, ada lagi satu fakulti di UiTM Perak iaitu Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR). Saya akan cerita lebih lanjut diploma yang ada di UiTM Perak nanti.

Diploma Ukur Bangunan mempunyai 6 semester.  Diploma ini sesuai dengan orang yang suka melukis dan dalam masa yang sama suka dengan teori atau kira-kira. Apa yang akan kamu belajar dalam diploma tersebut ialah melukis pelan bangunan, belajar menggunakan AutoCAD, belajar pelbagai teori-teori tentang pembinaan bangunan dari pelbagai aspek seperti persekitaran, bahan, struktur dan perkhidmatan bangunan. Saya akan terangkan lebih lanjut di bawah.

Subjek Diploma Ukur Bangunan

Semester 1

  1. Building Construction I
  2. Technical Drawing 
  3. Material Properties
  4. Building Structure I
  5. Fundamental of Islam
  6. Integrated Language Skill I
  7. Fundamental of Land Surveying

Semester 2

  1. Building Construction II
  2. Building Structure II
  3. Computer Aided Design
  4. Building Services I
  5. Environmental Technology I
  6. Islamic Thought And Civilization
  7. Integrated Language Skills II 

Semester 3

  1. Building Technology
  2. Building Surveying Practice I
  3. Measurement And Estimating I
  4. Building Services II
  5. Environmental Technology II
  6. Islam And Environmental Management
  7. Integrated Language Skill  

Semester 4

  1. Building Design 
  2. Building Surveying Practice II
  3. Building Control I
  4. Building Maintenance I
  5. Measurement and Estimating II
  6. Fundamental Of Entrepreneurship

Semester 5

  1. Contract And Construction Management
  2. Building Refurbishment And Adaptation 
  3. Building Control II
  4. Building Maintenance II
  5.  Asset and Space Management 
  6. Integrated Final Project

Semester 6

  1. Practical Training

Kalau kamu nak baca lagi tentang syarat permohonan dan persediaan untuk diploma Ukur Bangunan, boleh baca terus di Bahagian 2. Saya akan buat sambungan di Bahagian 2. Jangan lupa subscribe.

Total comment

Author

TheAniqia Tales

0   comments

Cancel Reply