Borang Maklumat Hubungan

 

Persediaan ke UiTM

Persediaan ke UiTM

Hi, Assalamualaikum Readers!

So hari ini Aniq nak sambung cerita panduan ke alam UiTM hari itu. Aniq akan bagi senarai dokumen dan barang yang kamu perlu bawa ke UiTM semasa hari pertama/ pendaftaran nanti. 

Dokumen Penting Semasa Pendaftaran

Ada beberapa dokumen yang wajib kamu bawa semasa minggu pertama nanti. Tanpa satu dokumen ini kamu akan mengalami kesukaran semasa pendaftaran. 
  1. Kad Pengenalan dan salinan
  2. Slip SPM dan salinan
  3. Surat Tawaran 
  4. Sijil Tamat Sekolah dam salinan
  5. Laporan Kesihatan
  6. Gambar passport
  7. Slip gaji ibubapa
  8. Semua sijil pelajar
  9. Surat beranak dan salinan
Pastikan semua dokumen salinan ada cop pengesahan dan surat tawaran cetak lebih dari satu. Pastikan kamu ada paling kurang satu kamu simpan untuk masa depan. 


Barang keperluan yang perlu dibawa.

Banyak barang yang kamu perlu bawa. Jadi saya akan kelaskan ikut kategori.


Baju

  1. Baju kemeja putih (2 atau lebih, mesti ada warna putih)
  2. Baju Kurung (4 atau lebih, mesti ada baju putih & kain hitam)
  3. Baju tshirt berkolar. (2 atau lebih)
  4. Baju Melayu 
  5. Seluar slek  (jeans boleh tetapi mesti berwarna gelap)
  6. Seluar treck 
  7. Tudung ( ikut cita rasa, mesti ada hitam & putih)
  8. Kasut bertutup 
  9. Kasut sukan
  10. Kasut jalan
  11. Selipar
  12. Stoking
  13. Tali pinggang

Toiletries

  1. Sabun
  2. Shampoo
  3. Pencuci muka
  4. Berus dan ubat gigi
  5. Baldi kecil

Laundry

  1. Bakul baju
  2. Baldi 
  3. Sabun baju
  4. Penyangkut baju
  5. Penyepit
  6. Pelembut (optional)
  7. Berus

Barang belajar

  1. Pen
  2. Test pad / A4
  3. Buku nota
  4. Fail 
  5. Pencil case

Makanan dan minuman 

  • Bebas untuk bawa apa pun

Barang bilik

  1. Cadar 
  2. Sarung bantal
  3. Bantal
  4. Selimut
  5. Mangga almari
  6. Kain lap
  7. Tong sampah kecil
  8. Pewangi almari
  9. Lampu meja
  10. Cermin 
  11. Pembalut hadiah / kertas dinding ( kalau nak balut meja)
  12. Plastik

Gadget

  1. Handphone & charger
  2. Laptop & charger
  3. Earphone
  4. Iron (optional)
  5. Powerbank
  6. Heater (optional)
  7. Extension 

Barang peribadi

  1. Pengetip kuku
  2. Minyak wangi
  3. deodorant
  4. Sejadah
  5. Telekung
  6. Sikat
  7. Sudu & garpu
  8. Pinggan / mangkuk
  9. Payung
  10. Botol 
Berikut barang asas yang kamu boleh bawa ke kolej. Tetapi kalau kamu nak tahu lebih lanjut barang yang kamu patut pertimbangkan khususnya di UiTM Seri Iskandar, kamu boleh baca disini tentang masalah dan penyelesaiannya. Nanti Aniq akan bagitahu kenapa perlu bawa dan apa kegunaannya nanti.

Total comment

Author

TheAniqia Tales
Hi, Assalamualaikum readers!



So hari ini Aniq nak cerita tentang proses-proses untuk memohon masuk UiTM. Sebelum itu, kita perlu tahu dahulu syarat-syarat untuk masuk UiTM.



Syarat am ialah:

  • kamu mesti anak berketurunan Melayu/ Orang Asli/Anak Sabah/Anak Sarawak. 

Syarat khusus untuk:

  • Lepasan SPM ialah:
    • SPM 3 kredit (C)
      • Bahasan Inggeris
      • Sains/Sains Tambahan/Fizik/Biologi/Kimia
      • Matematik/matematik Tambahan
  • Lepasan Poli/IKM/STPM:
    • mendapat pointer 2.75 CGPA
  • Lepasan Pra-Diploma:
    • mendapat pointer 2.50 CGPA

Permohonan melalui UPU Online

Medium untuk kamu memohon diploma di UiTM ialah UPU Online. UPU merupakan tempat untuk kamu mohon segala diploma untuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja. Antara universiti lain seperti Universiti Sains Malaysia(USM), Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan lain lagi. Kamu juga boleh mohon Institusi Latihan Kemahiran Awam(ILKA) dan Kolej Matrikulasi juga di UPU. 



Bila sudah berada di link UPU Online, kamu boleh selidik dahulu kursus diploma apa yang  kamu ingin mohon. Untuk melihat kamu boleh pergi ke Panduan Calon dan klik pada kategori SPM atau STPM/SETARAF. kamu boleh lihat senarai penuh mengikut IPT. Untuk mohon UiTM kamu boleh cari kod UE dan pilih kategori A(lepasan tahun semasa) atau B(lepasan yang telah 1 tahun lebih dari tarikh keputusan). 



Berikut adalah step by step untuk mohon di UPU.
  1. Pergi ke laman web UPU Online.
  2. Daftar akaun baru.
  3. Selepas daftar terus log in.
  4. Isi maklumat diri.
  5. Isi maklumat akademik.
  6. Isi maklumat Koko.
  7. Pilih program yang dikehendaki.
  8. Pengesahan maklumat.
  9. Cetak slip permohonan. (SIMPAN)
  10. Status permohonan berjaya.

Selepas permohonan anda berjaya.

  1. Temuduga

    Lepas permohonan berjaya, kita perlu buat apa? So ada dua jenis permohonan iaitu permohonan yang ada temuduga dan permohonan tanpa temuduga. Cara kamu nak tahu kursus itu ada temuduga atau tidak ialah semasa pilih program kamu akan lihat ada tanda bintang (*) di tepi yang menandakan program itu ada temuduga. Penting untuk kamu letak program yang ada temuduga di 3 tempat teratas. 


    Kalau program yang kamu mohon ada temuduga, kamu akan mendapat notification untuk hadir temuduga. Kamu akan pilih di bahagian zon mana untuk kamu hadir temuduga semasa membuat permohonan. Untuk lebih teliti kamu boleh tekan ke link ini yang akan saya cerita tak lama lagi. 
  2. Buka akaun BankIslam

    Kenapa Bank Islam bukan Maybank atau BSN? So ini perkara penting yang kamu perlu ambil berat. Untuk bayar yuran IPT, bayaran hanya melalui Bank Islam sahaja. Setiap IPTA menggunakan bank yang berbeza dan UiTM menggunakan Bank Islam. Selain itu, bayaran duit PTPTN bagi yang memohon akan dimasukkan ke akaun Bank Islam sahaja. Kamu perlu buat pendaftaran di Bank Islam di cawangan yang berdekatan. 
  3. Buka akaun SSPN/SSPN-i

    Akaun SSPN ini ialah akaun yang akan ambil sedikit duit gaji ibubapa kamu selama kamu belajar dengan tujuan untuk membayar semula duit PTPTN. Jadi kamu tidak terbeban untuk membayarnya nanti. Untuk mohon PTPTN, kamu wajib ada akaun ini. Permohonan boleh di buat secara atas talian disini atau pergi ke Pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang berdekatan.
  4. Bayar yuran IPT

    Bayaran boleh di buat dengan pelbagai cara. 
    1. Mesin ATM Bank Islam.
    2. Online banking 
  5. Cetak Surat Tawaran

    Penting untuk kamu CETAK dan simpan salinan ini untuk kegunaan semasa di UiTM. Pastikan kamu ada paling kurang 1 cetakan yang kamu simpan.


So lepas ini Aniq nak cerita pula bekalan yang perlu kamu bawa semasa hari pendaftaran nanti. Linknya ialah Persediaan ke UiTM.



Total comment

Author

TheAniqia Tales
Hi, Assalamualaikum Readers!


Jadi hari ini Aniq nak sambung cerita Bahagian 1.

1. Apakah Ukur Bangunan.
2. Apakah Diploma Ukur Bangunan.
3. Subjek Diploma Ukur Bangunan.
4. Syarat mohon kursus tersebut.
5. Persediaan untuk pelajar.

Secara amnya kita telah sentuh topik number 1, 2 dan 3. Kalau kamu terlepas tentang tajuk-tajuk tersebut, kamu boleh tekan di bahagian 1 untuk membaca tentang topik tersebut. Jadi tanpa membuang waktu lagi, mari kita mulakan dengan tajuk yang seterusnya.

Syarat mohon Diploma Ukur Bangunan

Bagi lepasan SPM yang berminat dan mahu cuba untuk belajar kursus ini, kamu boleh mohon di laman web UPU dan kod UPU untuk kursus ini ialah UE4526001 Diploma Ukur Bangunan di UiTM. Syarat untuk memohon kursus ini hanya:
  • Berketurunan Melayu, anak Sabah, anak Sabah dan Orang Asli
  • Mendapat kepujian C dalam subjek 
    1. Matematik/ Matematik Tambahan
    2. Sains/ Sains Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Biologi
    3. Bahasa Inggeris
  • Tidak buta atau buta warna

Persediaan untuk kursus Diploma Ukur Bangunan

Mesti kamu tertanya-tanya Diploma ini perlu apa-apa barangkah untuk belajar. Jadi saya akan beritahu apa yang kamu perlu ada terutama untuk pelajar semester 1. Antara senarai barang khusus untuk semester 1 ialah:
1. Drawing Board
Disyorkan beli yang murah dan tips untuk saiz kamu boleh beli saiz A3 atau A2
plastic drawing board
Plastic Drawing Board
wooden drawing board
Wooden Drawing Board
 2. T Ruler
plastic t ruler
Plastic T Ruler
3. Masking Tape


Masking Tape
Masking Tape


4. Pensel pelbagai gred 
Disyorkan beli jenama ini sebab sesuai dengan silibus
Pencil Faber Castel 12 Gred
Pencil Faber Castel 12 Gred
5. Pen Artline 
Disyorkan beli 3 sahaja contoh 0.1,0.3 dan 0.5.
Pen Artline
Pen Artline
6. Kalkulator Saintifik 
Untuk penjimatan, guna saja sekolah menengah punya.
CASIO fx-570EX
CASIO fx-570EX
7. Set Square
Disyorkan beli jenama ini.
Faster Set Square 30cm
Faster Set Square 30cm


Berikut adalah barang yang perlu ada tetapi kamu tidak semestinya beli sebelum masuk U. Nanti di UiTM akan ada kedai berhampiran yang menjual barang-barang ini. Kalau kamu mahu jimat, kamu boleh cari pelajar-pelajar senior untuk dijual barang mereka. Harga hampir 70% sahaja. Kalau kamu mahu Aniq punya boleh komen di atas atau DM saya di theaniqia01@gmail.com.











Total comment

Author

TheAniqia Tales
Hi, Assalamualaikum readers!

Hari ini Aniq nak cerita pasal Ukur Bangunan dan Diploma Ukur Bangunan. Mesti kamu semua tertanya-tanya apa ukur bangunan terutamanya lepasan-lepasan SPM yang nak mohon UPU dan orang yang dapat tawaran untuk pengajian Diploma Ukur Bangunan. Kamu berada di tempat yang betul kerana saya akan cerita:

1. Apakah Ukur Bangunan.
2. Apakah Diploma Ukur Bangunan.
3. Subjek Diploma Ukur Bangunan.
4Syarat mohon kursus tersebut.
5. Persediaan untuk pelajar.

APAKAH UKUR BANGUNAN.

Untuk pengetahuan semua, Ukur Bangunan merupakan sebuah kerja untuk memastikan sesebuah bangunan sama ada perumahan, pejabat, kedai, sekolah selamat didiami dari segala ancaman yang bakal berlaku. Bukan itu saja, jurusan ini juga perlu memastikan keselesaan dan kegunaan yang efisien dimaksimumkan bagi mewujudkan bangunan yang terbaik dari pelbagai segi dan aspek. 
Pekerjaan sebagai Juruukur Bangunan terlibat dalam perundingan dan keselamatan terhadap bangunan. 

Apa yang menarik ialah pekerjaan untuk ukur bangunan tidak tertumpu kepada juruukur bangunan sahaja tetapi pelbagai lagi kerana terma ukur bangunan boleh diguna pakai sebelum, semasa dan selepas sesebuah projek pembangunan. Oleh itu pelbagai skop pekerjaan boleh dipenuhi dengan ilmu ukur bangunan. Contohnya, sebelum projek pembangunan dijalankan, perunding atau penasihat terhadap design perlu dilakukan oleh juruukur bangunan sebab atas dasar keselamatan bangunan yang akan dibina nanti. Selepas projek itu siap, perkataan "maintenance" amat dekat dengan ukur bangunan kerana mereka yang akan memastikan bangunan yang sudah siap itu terjaga dan terpelihara sepanjang hayat.  

Tugas-tugas Ukur Bangunan:
  • Menasihati tentang pelan reka bentuk bangunan, keselamatan, bahan, cara pembinaan dan tapak pembinaan.
  • Menyelia projek pembinaan 
  • Menyelenggara bangunan setelah siap dari kerosakan, pembaikpulih
  • Mengukur kualiti dan keadaan tanah, keluasan tanah. 
  • Melakar pelan
  • Lain-lain
Antara jawatan lain seperti:
  • Juruukur Bangunan
  • Juruukur Tanah
  • Pegawai Perancangan Tanah
  • Pegawai Senibina
  • Perunding Pembinaan
  • Pensyarah
  •  Pengurus Binaan
  • Pengurus Penyelenggaraan Bangunan
  • Penilaian Prestasi Bangunan
  • Penilaian Lepas Menduduki Bangunan
  • Lain-lain

Apakah Diploma Ukur Bangunan.

Diploma Ukur Bangunan ini mengajar kita cara untuk menjadi seorang surveyor yang bertauliah. Tetapi saya akan cerita lebih terperinci tentang diploma di UiTM. Saya merupakan pelajar di UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar dan Diploma Ukur Bangunan berada di bawah naungan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) bersama-sama dengan banyak lagi diploma lain seperti Diploma Ukur Bahan, Diploma Pengurusan Hartanah, Diploma Senibina Landskap dan lain-lain. Selain FSPU, ada lagi satu fakulti di UiTM Perak iaitu Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR). Saya akan cerita lebih lanjut diploma yang ada di UiTM Perak nanti.

Diploma Ukur Bangunan mempunyai 6 semester.  Diploma ini sesuai dengan orang yang suka melukis dan dalam masa yang sama suka dengan teori atau kira-kira. Apa yang akan kamu belajar dalam diploma tersebut ialah melukis pelan bangunan, belajar menggunakan AutoCAD, belajar pelbagai teori-teori tentang pembinaan bangunan dari pelbagai aspek seperti persekitaran, bahan, struktur dan perkhidmatan bangunan. Saya akan terangkan lebih lanjut di bawah.

Subjek Diploma Ukur Bangunan

Semester 1

  1. Building Construction I
  2. Technical Drawing 
  3. Material Properties
  4. Building Structure I
  5. Fundamental of Islam
  6. Integrated Language Skill I
  7. Fundamental of Land Surveying

Semester 2

  1. Building Construction II
  2. Building Structure II
  3. Computer Aided Design
  4. Building Services I
  5. Environmental Technology I
  6. Islamic Thought And Civilization
  7. Integrated Language Skills II 

Semester 3

  1. Building Technology
  2. Building Surveying Practice I
  3. Measurement And Estimating I
  4. Building Services II
  5. Environmental Technology II
  6. Islam And Environmental Management
  7. Integrated Language Skill  

Semester 4

  1. Building Design 
  2. Building Surveying Practice II
  3. Building Control I
  4. Building Maintenance I
  5. Measurement and Estimating II
  6. Fundamental Of Entrepreneurship

Semester 5

  1. Contract And Construction Management
  2. Building Refurbishment And Adaptation 
  3. Building Control II
  4. Building Maintenance II
  5.  Asset and Space Management 
  6. Integrated Final Project

Semester 6

  1. Practical Training

Kalau kamu nak baca lagi tentang syarat permohonan dan persediaan untuk diploma Ukur Bangunan, boleh baca terus di Bahagian 2. Saya akan buat sambungan di Bahagian 2. Jangan lupa subscribe.

Total comment

Author

TheAniqia Tales

TheAniqia Tales

PENGENALAN DIRI SAYA

Assalamualaikum readers. 

Hari ini saya nak cerita serba sedikit tentang diri saya dan segala isi blog yang akan saya publish. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang sudi singgah ke blog saya ini. Untuk keselesaan pengguna telefon, kamu boleh pergi tukar kepada paparan web di bahagian bawah sekali.  Blog ini akan saya mempersiarkan pelbagai info tentang diri saya, pengajian saya dan minat saya. Antaranya, maklmat pengajian Diploma Ukur Bangunan, maklumat mengenai UiTM, pendedahan subjek diploma dan cerita menarik yang akan saya konsikan berkaitan diri saya.  Tanpa membuang masa lagi, saya ingin memperkenalkan diri saya. 


Aniq
This is me.

Nama diberi Muhamad Aniq Nabil Bin Johar dan saya dilahirkan pada bulan Januari, 2001. Jadi pada tahun ini saya berumur 19 tahun yang mana merupakan tahun terakhir remaja saya. Saya merupakan anak yang ke-dua antara empat orang adik beradik. Saya tinggal di sebuah pekan yang berhampiran sebuah bandar di Johor, pekan yang diberi nama Sungai Mati. Saya dibesarkan sejak kecil disana sehingga sekarang saya masih setia menetap di sana. Bak kata pepatah 
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Saya memulakan pengajian saya di peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Abdullah dan Sekolah Agama Sungai Idrus dari darjah satu hinga enam. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pei Hwa merupakan sekolah menengah saya sehingga tamat pembelajaran di tingkatan lima.Menariknya tempat saya belajar ini, kedua-duanya berada di depan dan belakang rumah saya dan ketika di peringkat sekolah menengah, saya akui saya kerap datang lambat ke sekolah. Pada saya, orang yang paling dekat selalunya paling lambat. Saya merupakan pelajar aliran sains tulen, alhamdulillah saya mendapat keputusan yang cemerlang dan luar dari jangkaan saya. 

Sekarang, saya merupakan mahasiswa di sebuah universiti terkemuka di Malaysia, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar. Saya bernaungkan Fakulti Senibina, Perancangan Dan Ukur dan mendalami ilmu dalam bidang Diploma Ukur Bangunan. Merupakan pelajar tahun kedua. Kenapa saya pilih kursus tersebut? Menarikkah? Saya mendapati bahawa kursus tersebut amat dekat dengan jiwa saya kerana saya minat subjek seni, matematik, addmath, sains dan fizik. Saya suka untuk melukis dan mewarna dan dalam masa yang sama saya juga suka mengira dan mempelajari ilmu fizik.

Jadi saya ada berita baik bagi mereka yang belajar Diploma Ukur Bangunan atau mendapat tawaran dalam diploma tersebut. Saya akan menulis tentang dilploma itu dan seterusnya menyiarkan info-info subjek itu. Oleh itu, kamu semua tak perlu risau jika tidak faham ketika belajar di kelas kerana saya akan menerangkan tentang segala subjek itu dengan teliti. Untuk dapatkan berita tertabru tentang subjek-subjek berikut, kamu boleh subscribe blog ini.  

Total comment

Author

TheAniqia Tales